Usamah
Usamah
bin Ladin
America’s
Most Wanted Man
Ketika
Timur Tengah menikmati peningkatan ekonomi hasil dari perdagangan
minyak pada tahun-tahun 1970-an, Muhammad bin Ladin, berhijrah dari
Yaman dan bermastautin di Saudi Arabia. Beliau memulakan sebuah
perniagaan yang kemudiannya menjadi salah satu daripada
syarikat pembinaan yang terbesar di Timur tengah, Bin Ladin
Corporation. Syarikat ini terbabit dengan pembinaan jalanraya,
bangunan, masjid, lapangan terbang dan lain-lain prasarana di
kebanyakan negara-negara Timur Tengah. Usama adalah anak kepada
Muhammad bin Ladin. Sebagai seorang anak muda, beliau jelas lebih
warak daripada saudara-saudaranya yang lain dan penglibatan syarikat
keluarga beliau dalam pembinaan semula Masjidil-Haram dan
Masjid-an-Nabawi di Makkah dan Madinah telah memberi kesan yang
mendalam kepada beliau.
Pada
tahun 1979, sebaik sahaja selepas beliau menamatkan pelajaran di
Universiti King Abdul Aziz di Jeddah dengan memperolehi ijazah dalam
bidang Kejuruteraan Sivil, Soviet Union menyerang dan menduduki
Afghanistan. Pihak Mujahideen mengeluarkan permohonon bantuan
antarabangsa. Usama bin Ladin menyahut seruan itu dengan
menghantar
dirinya sendiri bersama-sama
dengan jentolak-jentolak keluarganya ke Afghanistan. Beliau
tersentuh, kata beliau, dengan permintaan dari umat Islam yang lemah
menghadapi ‘kuasa-besar’ abad ke-20. "Di dalam agama kita,
terdapat tempat yang istimewa di akhirat nanti kepada mereka yang
menyertai Jihad," kata beliau. "Sehari di Afghanistan
adalah seperti 1000 hari bersembahyang di mana-mana masjid biasa."
Pada
mulanya sumbangan beliau lebih kepada sumbagan sokongan. Beliau
merekrut beribu-ribu pejuang Arab dari Timur Tengah, membiayai
tambang mereka ke Afghanistan dan mendirikan kem-kem untuk melatih
mereka. Kemudiannya beliau juga telah mereka-bentuk
terowong-terowong pertahanan dan parit-parit di sepanjang sempadan
Pakistan, memandu jentolak, menghadapi risiko tembakan-tembakan
helikopter Soviet.
Tidak
lama kemudian, beliau sendiri mula menggalas Kalashnikov dan
menyertai pertempuran. Pada tahun 1986, beliau bersama-sama
beberapa dozen pejuang Arab berjaya mematahkan serangan pihak Soviet
ke atas sebuah bandar yang bernama Jaji, tidak jauh dari sempadan
Pakistan. Kepada para Mujahideen Arab tersebut, kejayaan ini
adalah antara bukti pertama bahawa pihak Russia boleh dikalahkan.
Setahun kemudian, Bin Ladin memimpin satu serangan ke atas tentera
Soviet di dalam pertempuran Shaban. Pertempuran tangan yang
hebat menyebabkan ramai dari para Mujahideen gugur shahid.
Walaubagaimanapun Usama dan para Mujahideen pimpinannya berjaya juga
menghalau pihak Soviet keluar dari kawasan tersebut, dengan
Pertolongan Allah SWT.
"Beliau
merupakan seorang wira pada kami kerana beliau sentiasa di barisan
hadapan, sentiasa mara ke hadapan," ujar Hamza Mohammed, seorang
pejuang Palestin yang menyertai Jihad di Afghanistan dan kini
menguruskan salah sebuah projek pembinaan Bin Ladin di Sudan.
"Beliau bukan sekadar memberikan wang beliau, tetapi beliau juga
memberikan diri beliau. Beliau datang dari istana beliau untuk
tinggal bersama-sama dengan orang miskin Afghan dan para pejuang
Arab. Beliau masak dengan mereka, makan dengan mereka, menggali
kubu-kubu dengan mereka. Itulah cara Bin Ladin."
Semasa
pembesaran Masjidil-Haram dan Masjid-an-Nabawi pada sekitar 1980-an,
Raja Fahd sendiri menawarkan Usama kontrak untuk membesarkan Masjid
Rasulullah SAW di Madinah. Kontrak ini akan memberikan untung
bersih sebanyak $90 juta kepada beliau. Beliau menolak tawaran
ini kerana beliau tahu tawaran ini adalah untuk mengalih perhatian
beliau dari Jihad di Afghanistan kepada pembinaan masjid.
Beliau pernah berkata bahawa kekayaan beliau bertambah dan perniagaan
beliau semakin maju selaras dengan bertambahnya wang yang beliau
belanjakan untuk Jihad.
Bin
Ladin pulang ke tanahair dan disambut sebagai kenamaan. Tetapi
kepopularan beliau mula menghilang apabila beliau mula mengatakan
kebenaran terutamanya yang menyentuh rejim Saudi. Kerajaan
tersebut sudahpun dikiritik oleh para aktivis Islam kerana
penyelewengan dan tidak melaksanakan perundangan Islam. Semua
ini juga ditentang oleh Bin Ladin. Akhirnya apabila Raja Fahd
membenarkan tentera kuffar Barat masuk ke Saudi ketika Perang Teluk,
beliau mula mengkritik kerajaan dengan terbuka. Beliau juga
menjadi sasaran kempen penganiayaan ke atas aktivis Islam lantas
beliau melarikan diri ke Sudan pada 1991. Sejumlah besar ‘Arab
Afghan’ dari pelbagai negara mengikut beliau ke Sudan dan bekerja di
syarikat yang beliau tubuhkan di Sudan. Beliau berusaha
membantu Sudan dengan membina prasarana. Kerajaan Saudi
mengisytiharkan beliau penjenayah dan kewarganegaraan beliau
dilucutkan. Sejumlah wang yang banyak juga diletakkan untuk
kepala beliau.
Di
Sudan, perniagaan beliau berkembang maju sehingga menjadi lebih besar
dari yang di Timur Tengah. Satu cubaan membunuh beliau telah
dilakukan di Sudan tetapi beliau berjaya menyelamatkan diri walaupun
mengalami kecederaan. Beliau tinggal di Sudan selama kira-kira
lima tahun, membiayai Jihad di pelbagai negara di dunia seperti
Afghanistan, Bosnia, Yaman, Chechnia dan lain-lain tempat,
sehinggalah kerajaan Sudan mengusir beliau atas tekanan dari Amerika
Syarikat dan atas tuduhan beliau membiayai gerakan pengganas (gelaran
kuffar Barat kepada Mujahideen) di seluruh dunia.
Dengan
kekayaan peribadi yang dianggarkan sekitar $300 juta, beliaulah yang
dianggap sebagai ‘U.S. State Department’ sebagai, "seorang
daripada penaja kewangan utama gerakan extermist Islam di dunia
kini." Ataupun seperti mana yang dikatakan oleh seorang
pegawai Amerika Syarikat, beliau adalah ‘ikan besar’ kerana reputasi
keperwiraan beliau memberikan beliau pengaruh. Menurut pegawai
ini, "Bin Ladin adalah orang yang boleh pergi menemui seseorang
dan berkata, ‘Saya mahu awak tuliskan cek 6 angka,’ dan beliau akan
mendapat cek tersebut serta-merta."
Pada
musim panas 1996, Bin Ladin berpindah dari Sudan ke Afghanistan.
Beliau kini di Afghanistan membantu membiaya dan menyusun para
Mujahideen seluruh dunia. Selepas keadaan yang semakin buruk di
Saudi Arabia, selepas penahanan para ulama dan ratusan pemuda-pemuda
Mujahideen, selepas kekayaan negara tergadai kepada Barat dan
pendudukan tentera Amerika di 3 bumi suci, Bin Ladin membuat
keputusan untuk bertindak. Pada 26 Ogos 1996, beliau
mengeluarkan kenyataan yang pertama;. Dokumen berbahasa Arab
setebal 12 mukasurat yang bertajuk, "Pengisytiharan Perang"
oleh Usama bin Muhammad bin Ladin. Kenyataan ini memberikan amaran
terakhir kepada semua tentera Amerika agar meninggalkan bumi suci
umat Islam, atau mereka akan menerima tindakan ketenteraan dari para
pemuda yang sama, dengan bantuan Allah SWT, telah mengalahkan kuasa
kuffar terbesar di dunia, di Afghanistan.
"Umat
Islam terbakar dengan kemarahan kepada Amerika. Demi
kebaikannya sendiri, Amerika mesti meninggalkan [Saudi Arabia - bumi
tanah haram]" - Usama
bin Ladin
Mujahid
ini meninggalkan kehidupan mewah dengan kekayaan yang tak termimpi
oleh kita.
Apakah sebabnya?
Apakah yang ada pada Jihad
sehingga menjadi lebih manis daripada kehidupan mewah dengan $300
juta?
Masihkan kita sayangkan sedikit kekayaan kita dari cinta
pada Allah, juga Rasul-Nya?
Masihkah kita sayangkan dunia ini
hingga melupakan akhirat?
Masih lekakah kita dengan hidup
sehingga kita melupakan mati;
Mati yang hanya sekali itu….
Untuk siapakah mati kita?
Sejarah
Kandahar
Pelajaran
dari Masjid Kandahar. Setelah solat asar, salah seorang Mulla (Kyai)
yang sudah biasa mengajar di jami, masjid Kandahar duduk bersandar
pada salah satu sudut masjid, kemudian beberapa puluh pemuda
kelihatan berebutan untuk duduk mendekatinya. Setelah melihat murid
muridnya duduk dengan tertib, Mulla itu berkata sambil menunjukkan
sebuah kitab yang di bawanya: Saya membawa Kitab Sejarah Kandahar,
dan hari ini kita akan membaca sejarah Mujahid bernama Usamah.
Lalu
beliau memberikan kitab itu kepada salah seorang murid yang duduk di
pinggirnya sambil menyuruhnya untuk membaca kitab itu dan
memperdengarkan suaranya kepada seluruh teman temannya, pemuda itu
menerima kitab itu dengan penuh semangat dan sopan, ia kelihatan
bangga mendapat tugas itu dari Mulla. Lalu ia mulai membuka daftar
isi Kitab, dan memilih sebuah judul yang bertulis kisah Kedatangan
Usamah bin Ladin ke Afghanistan dan perjuangannya dengan Amirul
Mukminin Mulla Muhammad Umar Mujahid. kemudian ia mulai membaca
Basmalah dan puji pujian kepada Allah swt. Dan di teruskan dengan
membaca buku itu dengan lantang:
Pada
tahun 1417H pada bulan Allah Muharram Usamah datang ke bumi Kandahar,
kedatangannya adalah karena ia terusir dari kaumnya di sebabkan ia
tegas menolak untuk ikut menyembah berhala yang bernama Amerika, ia
bertekad untuk memerangi Amerika tetapi ia tidak mendapat sambutan
kaumnya kecuali hanya segelintir dari mereka, dan ada juga beberapa
gelintir dari negeri negeri lain yang sudi untuk ikut bersamanya,
tetapi mereka semua asing dan lemah, mereka tidak punya kekuatan
untuk membela diri.
Kemudian
Usamah mendatangi pimpinan pimpinan Qabilah qabilah Arab, meminta
mereka untuk membantunya dan memberi jaminan tempat tinggal baginya
dan pengikutnya untuk mempersiapkan diri melawan kekuatan si Berhala
Amerika.
Suatu
hari ia mendengar bahwa hukum Islam di laksanakan di Sudan, ia
mengirim utusan untuk menemui sang Raja umtuk meminta bantuan jaminan
tempat tinggal baginya dan pengikutnya.
Sang
Raja berkata "pintu kami selalu terbuka dan bumi kami adalah
milik kita bersama .. datanglah sebagai tamu terhormat, tanamkan
hartamu di sini dan jika kau sudi ikutlah bersama kami berjihad"
(melawan pemberontak Sudan yang di ketuai oleh John Garang)
Usamah
sangat gembira mendegar jawaban itu dan segera mempersiapkan diri
untuk berhijrah ke negeri Sudan, kemudian ia tinggal di sana dan
mendirikan berbagai Mu’askar (camp) dan melatih Mujahidin bersama
pejuang dari kalangan tentara Sang Raja, dan mereka gembira di sana
untuk beberapa waktu sambil membina negeri, jalan jalan di perbaiki,
pasar pasar menjadi ramai, dan negeripun makin makmur.
Suatu
hari berhala Amerika membentak Sang Raja dan berkata "keluarkan
mereka dari negerimu !!"
Sang Raja menjawab "daulat
tuan.. titahmu kami junjung tinggi, demi mencari ridho mu"
Sang
Raja berbalik kepada Usamah seraya berkata: "Keluar dari negeri
kami..!!!"
Usamah menajwab "Bukankah kita telah
mengikat perjanjian untuk berjihad bersama?".
Sang Raja
menjawab "ya..tetapi Jihad melawan John Garang dan bukan
Amerika".
Usamah menjawab "Sejak dahulu aku berniat
menghancurkannya dan teman temannya".
Sang Raja menjawab
"tiadalah kami mempunyai kekuatan, keluarlah dari negeri ini".
Mulla
memberi Isyarat kepada muridnya yang sedang asyik membaca untuk
berhenti sejenak karena beliau ingin memberi sedikit keterangan, lalu
Mulla berkata "Dalam hal Usamah, Sudan ternyata lebih takut
kepada Amerika berbanding kepada Allah swt, dan ketika itu Sudan
sempat kebingungan karena harus melepaskan harta Usamah yang telah
banyak di tanamkan bagi perdagangan negeri itu, tetapi ketakutan Sang
Raja Sudan kepada Amerika ternyata lebih besar dari kepentingan
rakyatnya sendiri, hingga Sang Raja lebih memilih mengusir Usamah
demi relanya sang berhala, walau Amerika tetap masih tidak rela
kepada Sang Raja Sudan, karena Sang Raja enggan untuk turun dan di
ganti oleh John Garang.
Kemudian
Mulla berkata "Baik lah, teruskan bacaanmu nak..!!!" Si
pemuda yang tenggelam dengan keterangan Mulla tersentak dan bergegas
mencari baris terakhir yang di bacanya tadi..lalu ia meneruskan
bacannya Usamah terpaksa mencari siapa yang sudi menjamin dan
menolongnya untuk menghancurkan sang berhala, lalu ia mendengar bahwa
hukum Islam kembali di laksanakan di Kandahar oleh suatu kaum yang
menamakan diri sebagai Taliban, mereka di pimpin oleh si pemberani
bernama Mulla Muhammad Umar Mujahid yang di juluki sebagai sang Amir,
lalu Usamah mengutus utusan kepadanya.
Amir
Taliban berkata: "Mari kita angkat senjata, melawan pemberontak
dan perampok perampok di negeri kami".
Usamah menjawab
"Tujuan kami menghancurkan sang berhala".
Amir menjawab
"Allahu Akbar, menghancurkan berhala adalah Hobi kami"
Usamah menjawab "Bukan sekadar hobi..tetapi demi Jihad Fi
sabilillah"
Amir menjawab "Kami memang Manusia Jihad
dan anak anak yang lahir bersama desingan peluru, Peperangan adalah
ibu yang menyusui kami".
Usamah berkata "Sanggupkah
kamu bersamaku memerangi Salib?"
Amir menjawab "Berperang
dan berdamailah kepada siapapun yang kau kehendaki, berhubunganlah
dengan siapapun yang kau kehendaki, ambil seberapa banyak yang kau
kehendaki dari harta kami, kami pasti sabar dalam berperang dan
berani melangkah kedepan, walau kau ajak kami mengharungi lautan
benua untuk memerangi sang Berhala, pasti kan kami harungi
bersamamu".
Usamah
berkata "Tapi kau akan di tembak oleh seluruh kaum Arab dan
Romawi dari busur panah yang sama",
Amir menjawab "Yakinlah
bahwa semua itu tiada akan terjadi kecuali jika telah di izinkan oleh
yang maha Menjadikan".
Usamah berkata "Tetapi sang
berhala akan datang dan mengupah berbagai Kabilah untuk
mebnghabisimu",
Amir menjawab "Allah pelindung kami,
sedang mereka tiada memiliki pelindung".
Usamah
masih belum yakin, dan berkata "Tahukah engkau bahwa sang
berhala mempunyai bala tentara dan pedang yang sangat tajam? Mereka
akan datang dan menguasai negerimu".
Amir menjawab "Ya
kami tahu, tetapi kami tidak akan berkata seperti perkataan kaum Musa
as. Kepada Nabinya ‘Pergilah engkau (wahai Musa) berperang bersama
Robbmu, dan kami akan tetap tinggal di sini’ sungguh wahai Usamah
kami akan mengawalmu dari kanan dan kiri, depan dan belakangmu,
dengan harapan semoga Allah memperlihatkan kepadamu apa yang
menyenangkan hatimu, sungguh negeri ini belum pernah di jajah oleh
suatu tentara, pasti mereka akan lintang pukang lari- kecuali tentara
Qutaibah".
Usamah berkata "Umat manusia akan berlepas
diri darimu dan penduduk bumi akan meninggalkanmu sendiri",
Amir menjawab "Cukuplah bagi kami keberadaan Allah, dan jika
ia sudi akan menyatukan kami dengan penghuni Firdaus di Langit".
Usamah
berkata "Mereka akan memboikotmu dan membiarkanmu kelaparan",
Amir menjawab "Sesungguhnya Allah maha memberi Rezki dan
maha mempunyai kekuatan yang besar".
Usamah berkata "Mereka
hanya ingin menangkapku".
Amir menjawab "Tenanglah,
mereka tidak akan menyentuhmu selagi mata kami belum tertidur".
Usamah berkata "Apakah kalian akan menjagaku sebagaimana
kalian menjaga anak dan Isteri?".
Amir menjawab "Ya
DemiAllah, bahkan mereka akan kami keluarkan dari rumah kami agar kau
bisa tinggal di rumah kami, Darah harus di bayar darah, kehancuran
pun begitu, Pukullah si berhala dan jangan lupa membaca Basmalah,
pukullah..!!! akan kami korbankan anak anak dan ibu ibu kami,
pukullah dan berlindunglah di belakang kami, biar leher kami mereka
cekik asal lehermu selamat, teruskan pukulanmu semoga Rabbul Jabbar
bersama kita".
Tiba
tiba si pemuda berhenti membaca karena mendegar isakan dari Mulla, ia
terkejut melihat Mulla telah menutupi mukanya dengan serban dan
badannya bergoncang menahan isakan sambil terus menerus bertakbir,
seluruh pemuda terdiam tanpa sepatah kata. Mulla mulai membersihkan
matanya yang telah di penuhi genangan air, kemudian berkata : "Aku
telah banyak membaca buku buku sejarah, tetapi aku belum mendapati
suatu kaum yang lebih jujur dari mereka ketika menolong seseorang,
kecuali kaum Aus dan Khazraj, para Anshar yang menolong Rasul saw.
Lihatlah kubur kubur mereka di lereng lereng pegunungan Tora Bora,
Shahikot, Kandahar dan Kabul sebagai bukti bahwa mereka benar benar
pemberani.
Aku
mendengar bahwa tentara Salib sempat menawan salah seorang dari
mereka, kemudian ia di tawari agar memberi tahukan keberadaan Usamah
yang bersembunyi dengan imbalan ia akan di bebaskan kembali dan di
beri uang tetapi ia menjawab ‘Demi Allah kalau Usamah bersembunyi di
bawah telapak kakiku, aku tidak akan mengangkatnya untuk
menunjukkannya kepadamu’" Kemudian Mulla kembali terisak, dan
kali ini terdengar makin keras.. nampaknya Mulla sudah tidak bisa
meneruskan pelajarannya lagi.. ia bangun meninggalkan kumpulan pemuda
itu sambil terus menangis….
Rewrite
@bumi ribath, shafar